Wednesday, September 17, 2008

Di Malam Purpearls

Jumaat, 12th September 2008
bersamaan, 12th Ramadhan 2008

Hotel City Villa, Kuala Lumpur

PURPLE?
Aku dengan Fieza telah mendafarkan diri kami sendiri sebagai sukarelawan nak jadi jurukamera
Tapi tugas mengambil gambar bukan aku, aku tukang karut buat video.
Video tu xdapat dikongsi bersama atas sebab-sebab tertentu
Sepatutnya aku pakai baju warna purple, ye lah nak kenakan dengan tema "malam purpearls". kat outfit aku, cuma ada satu benda je warna purple, tag aku hahahaha
hurm, baju Fieza nie warna purple, tapi nape nampak blue? hairan





BERBUKA PADA 12 RAMADHAN

Pada awal majlis. sebenarnya ni majlis berbuka puasa. Yelah xkan la pulak time bulan puasa nie nak wat event lain. Berbuka puasa bersama staf tu, staf tu kolej aku punya lecture la. Lecture yang datang nie, kami mengucapkan ribuan TERIMA KASIH sebab sama-sama support Majlis yg dihandel oleh kakak-kakak senior aku. BTW, sebenarnya merancang majlis nie salah satu subjek mereka.

BENARKAH MEREKA?


Siapa mereka nie?
haa nie lah lecture aku. Ramai agi sebenarnya, sume malu-malu kucing bila nak diambil gambar. Dorang nie ada yang muda-muda lagi. emm paling muda 23tahun la. Semakin Muda usia mereka, Semakin Sempoi lah mereka. Tapi ada jugak yang ada family tapi sempoi habis.... xdapat dinafikan


MAGHRIB, ISYAK, TERAWIH

Berbuka pun buka gak. Tapi solat wajib tuuuuu.....
hurmmm xkan aku nak terangkan plakkan camne nak solat kan
tapi disebabkan nie umum, jadi aku cite la skit
Solat Maghrib ada 3 rakaat
Solat Isyak ada 4 rakaat
Solat Terawih ada 23 rakaat
tapi sebelum solat tu ingat, ambil wuduk dengan sempurna





TAWANAN 4 JEJAKA

Tengah-tengah aku merakam, tetiba MC kata mereka nie datang. Siapa mereka?
haaa tu soalan cepumas tu...tp aku xkan bagitau jawapannya. hint nya, mereka nie artis rakaman ***
Bley tahan gak suara mereka.




SENYUM PAKSA

penat pun memang penat. memang xsempat makan. marah + sakit ati + ngantuk semua ada
Nie time kitorg tunggu crew keluar dari hotel kerana sudah tiba masanya EN.BUS mengamuk sakan.
Sebenarnya jam telah menunjukkan pukul 11:30pm
Jadi aku ingin membuat sedikit kesimpulan, Sila Memakai Seluar Dalam Kain Kerana Mengundang Padahnya. Hahahaha

No comments: