Sunday, September 28, 2008

KeneTagged :D [006]

Buat Si Cato ; Patchi
walaupun aku xpaham sangat bab tagged mengetagged nie
aku try je la cik Cato uiii


Ditagged oleh : Elly

State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.
The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.
1. aku suka potong rambut aku sampailah aku sedar rambut ku sebelah panjang sebelah pendek

2. aku suka online waktu semua orang tengah memetakan bantal mereka

3. aku seorang yang terlalu sukakan kesempurnaan. aku bencikan kesilapan yang tidak disengajakan. dan aku bencikan kerja kumpulan kerana aku bukan ahli yang baik.

4. barangan gadget aku semuanya berwarna hitam kerana senang nak sorokkan kat celah mana2.

5. aku suka mengumpulkan semua jenis barang. termasuklah barang yang aku xberapa nak suka. sebab aku suka jd macam perpustakaan

6. aku suka kumpul penutup botol mineral. sebab? aku pun xtau

7. aku ada banyak nama panggilan sebenarnya. antaranya nisa, dila, didie, dee, nonie, dan jarang sekali mereka memanggilku dengan nama sebenarku. ske ati korang je ea, nama aku melambangkan identiti aku tau x.

8.aku xsuka makan pedas (di kira pelik ke?) tapi sebenarnya bukan aku x tahan pedas, aku memang xsuka. faham x?

9.aku seorang yang sangat serius time buat kerja. sampai kawan pun bosan tahap gaban bila aku buat kerja bersama mereka.

10.aku seorang kakak kepada 4 orang adik. pelik x macam mana aku jadi kakak?

11.aku seorang yang sangat sinis. nak try? try lah bila ada masa yang sangat lapang.

12.aku terlalu suka makan makanan laut. terutama spesies2 yang ada cengkerang. yang xde cengkerang pun aku tibai.

13.aku suka main barbie doll sampai umur aku dah besar panjang. kenapa? sebab barbie doll ada rambut yang cantik serta potongan badan yang hebat

14.aku banyak exboyfriend, tapi exboyfriend aku yang terakhir, aku bunuh. percaya?

15.aku dah lengkapkan task KENETAGGED. tapi aku xtau nak tag siapa pasni. macam mana nie.

Wednesday, September 17, 2008

Di Malam Purpearls

Jumaat, 12th September 2008
bersamaan, 12th Ramadhan 2008

Hotel City Villa, Kuala Lumpur

PURPLE?
Aku dengan Fieza telah mendafarkan diri kami sendiri sebagai sukarelawan nak jadi jurukamera
Tapi tugas mengambil gambar bukan aku, aku tukang karut buat video.
Video tu xdapat dikongsi bersama atas sebab-sebab tertentu
Sepatutnya aku pakai baju warna purple, ye lah nak kenakan dengan tema "malam purpearls". kat outfit aku, cuma ada satu benda je warna purple, tag aku hahahaha
hurm, baju Fieza nie warna purple, tapi nape nampak blue? hairan





BERBUKA PADA 12 RAMADHAN

Pada awal majlis. sebenarnya ni majlis berbuka puasa. Yelah xkan la pulak time bulan puasa nie nak wat event lain. Berbuka puasa bersama staf tu, staf tu kolej aku punya lecture la. Lecture yang datang nie, kami mengucapkan ribuan TERIMA KASIH sebab sama-sama support Majlis yg dihandel oleh kakak-kakak senior aku. BTW, sebenarnya merancang majlis nie salah satu subjek mereka.

BENARKAH MEREKA?


Siapa mereka nie?
haa nie lah lecture aku. Ramai agi sebenarnya, sume malu-malu kucing bila nak diambil gambar. Dorang nie ada yang muda-muda lagi. emm paling muda 23tahun la. Semakin Muda usia mereka, Semakin Sempoi lah mereka. Tapi ada jugak yang ada family tapi sempoi habis.... xdapat dinafikan


MAGHRIB, ISYAK, TERAWIH

Berbuka pun buka gak. Tapi solat wajib tuuuuu.....
hurmmm xkan aku nak terangkan plakkan camne nak solat kan
tapi disebabkan nie umum, jadi aku cite la skit
Solat Maghrib ada 3 rakaat
Solat Isyak ada 4 rakaat
Solat Terawih ada 23 rakaat
tapi sebelum solat tu ingat, ambil wuduk dengan sempurna





TAWANAN 4 JEJAKA

Tengah-tengah aku merakam, tetiba MC kata mereka nie datang. Siapa mereka?
haaa tu soalan cepumas tu...tp aku xkan bagitau jawapannya. hint nya, mereka nie artis rakaman ***
Bley tahan gak suara mereka.




SENYUM PAKSA

penat pun memang penat. memang xsempat makan. marah + sakit ati + ngantuk semua ada
Nie time kitorg tunggu crew keluar dari hotel kerana sudah tiba masanya EN.BUS mengamuk sakan.
Sebenarnya jam telah menunjukkan pukul 11:30pm
Jadi aku ingin membuat sedikit kesimpulan, Sila Memakai Seluar Dalam Kain Kerana Mengundang Padahnya. Hahahaha

Sunday, September 7, 2008

TELAH PUN TERTULIS (out of my mind)



JANUARY-MARCH 2007
KILANG SDP 5
ULU TIRAM, JOHOR



Aku, Sayeen dan Supervisor gila

aku bekerja sementara kat sebuah kilang keypad. time nie aku memang xkesah kerja apa. sume kerja aku tibai. hahaha. sebab dah bosan tahap gaban kat rumah. nie bestfriend aku time nie. dialah yang jaga aku selama aku kerja kat sini sebab aku selalu gaduh dengan supervisor aku. gila punya supervisor.




Aku, Dia dan Punch Card

nie kawan sekelas aku. dia lah yang bertanggungjawab carikan aku kerja pas aku habis spm. nama dia Radir. ni gambar hari terakhir aku kat kilang nie. poyo2 je, last day baru nak tangkap gambar ngan punch kad. panch kad nie lah buat gaji aku potong habis... tension dowh



17th MARCH - 9th JUNE 2007

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) KEM SEKAKAP, MERSING, JOHOR



ARHHHH!!!! BENCINYA!!! (bangun pagi)

aku terpaksa pergi Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). aku xpernah sangka aku dapat program nie. siksa woooo first time aku jauh ngan family. cuba korang bayangkan setiap ari aku mandi kul 7am tapi bila masuk tempat nie, aku mandi seaawal 4am waaaaaaaaaaaaaaaaaaa tapi akhirnya aku dapat biasakan diri. hari terakhir,berat aku tinggalkan Kem Sekakap, Mersing nie. banyak kenangan aku kat sana.... lagi siksa aku terpaksa lupa kan seseorang demi sesorang.













AKU MENANG!!!!

aku dikerah masuk dalam kompeni Alpha. seperti biasa lah, Alpha merujuk kepada yang pertama. at least karya aku tergantung kat gerbang hostel aku. tinggi tu tiang nih. aku ingat kompeni aku xde harapan nak menang, xsangka dapat jadi kompeni terbaik. (walaupun sebenarnya aku xsuka makan junk food) demi hari tu, aku sukakan junk food. banyak hamper kompeni aku dapat, lagi satu hamper juara kembara halangan wirawati Alpha.

Go Go Go Alpha Gurl!!!!!


1st JULY - (BILA CUKUP 3 TAHUN)

KOLEJ BERSEKUTU UITM
GOMBAK, KUALA LUMPUR



September 2007

aku xpernah sangka aku akan sambung belajar kat sini. sangat peribadi untuk aku bercerita. tapi gambar nie time 18th Birhtday aku bersama ahli unit 14-G. walaupun time nie aku belum lagi kenal dorang nie, xsangka dorang wat suprise birthday untuk aku haha terubat semua seday aku. buat kali pertamanya aku sambut birhtday tanpa family


kami junior!!!

haha awal2 masuk, tension gila jadi seorang junior. lagi2 dalam falsafah hidup aku, aku xsuka perbezaan umur buat aku kene respect giler kat sesorang. aku tau limit aku. as long as aku xganggu hidup dia, jangan cari pasal hohoho. ni bukan cakap belakang ea, aku xsuka langsung orang yang cakap xserupa bikin. dan aku tau, aku bukan seorang yang sempurna.






My Beloved Family

My Beloved Family (1st Syawal 2007)

My Ayah and Mama
En.Hashim and Pn.Nurmilah



Hashim's Heir
From left: Akmalhakim(3rd), Nurhanis Zahidah(1st), Nurnisa 'Adilah(2nd), Amirulhakim(4th), Aiman Syafiie(5th)

Bismillah (Thanks to Abdul Wafi aka Waifa Kairana)




Thank you Allah, give me an opportunity to create my own blog. So this could might be my first draft, and I want to say


HAI!




pss// SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK